Sunday, 15 March 2015

APA YANG MENARIK?!

Posted by Unknown at 23:51 0 comments
COLOURFUL CHICKY

As'salam..

Haa neyh ada sesuatu yang menarik

untuk dikongsi

bila berada di Pasar Tani Stadium Darul Makmur Kuantan

ialah ada shj para peniaga yang

menjual sesuatu yang luar biasa

mungkin sesetengah berasa pelik

dan agak unik serta yang paling penting adalah

para peniaga tersangat laa kreatif

So this is it..

Very colourful chick 

Hahahahahaha..

aren't they adorable

in so many coloured?


terdapat dalam berbagai jenis warna 

menarik minat para pengunjung yang berada di 

Pasar Tani untuk membeli

dan membela ank-ank aym ini sebagai haiwan peliharaan..



Comel kn???

Walaubagaimanapun 

warna ank aym neyh tak lah kekal 

sebegitu kerana

warna yang diinject pada ank aym ini hanyalah untuk sementara shj

nmun sesetengah pihak

berpendapat perkara sebegini adalah tidak dibenarkan

atas sebab-sebab tertentu...

ok laa sekadar ingin berkongsi dgn anda semua para-para blogger

tentang apa yang menarik 

till then 

byee..

XOXO..

Saturday, 21 February 2015

APA YANG MENARIK?!

Posted by Unknown at 00:11 0 comments
TRADISIONAL ICE-CREAM

As'salam..

sihat ke semua?

lama jgk tak kongsi cerita kat laman blog neyh

setelah sekian lama 

sibuk dgn bermacam-macam hal

hehehehehe..

just nk share dgn semua 

sesuatu yang menarik

tentang 

" TRADISIONAL ICE-CREAM "

atau lebih dikenali sebagai 

" AIS KRIM PETAK "

tp tak pasti laa kt semua tempat ada kew tak?

cz haritu pown jst ikut family pergi pasar tani

tgk ramai jep berkumpul kt gerai 

suami isteri neyh

so intai2 punya laa intai celah2 tuh

rupanya org ramai sibuk nk mencuba

" AIS KRIM PETAK "

 (Nyumm..nyumm)

 (adik-adik beratur menunggu giliran)


 (sampai tak menang tangan)

Haaa..

for those yg nk cuba

moh ler singgah di Pasar Tani Stadium Darul Makmur

rugi tak cuba cz terdapat pelbagai

jenis perisa

dengan harga yang berpatutan

ok laaa...

 sekian shj

tatapan utk anda semua

Byeeeeee...




Friday, 20 February 2015

INDAHNYA CIPTAAN TUHAN..

Posted by Unknown at 03:53 0 comments

POKOK RAMA-RAMA/KUPU-KUPU


Haiii...

lama dh tak singgah blog

setelah sekian lama menyepi

so today nk bg info yg berguna sket kt u'olls

siapa kt sni tak knl dgn tumbuhan yg digelar

"Pokok Rama-Rama"

haaaaaaa...

sbnrnya ia digelar begitu kerana bentuk dan rupa fizikalnya

yg seakan rama-rama

unik kan??

itulah indahnya ciptaan tuhan sgt menakjubkan

oh,pokok neyh dibeli oleh mama ieka

sb dye jep yg minat mencucuk tanam neyh

me?? hurm i like to watch it grow nicely..

hahahaha..

tak ada seni lg tuk handle tanam-tanaman 



yg menariknya

Pokok ini dikatakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit

Allahuawalam...

ia dikatakan sebagai tumbuhan herba 

yg sgt  berguna dari segi perubatan tradisional juga


neyh adalah image jelas tarikan 

Pokok Rama-rama 

cantikkan??


ok laa

setakat neyh shj entry 

yg boleh dikongsikan dgn anda semua

harap kita dapat menulis lagi

di lain laman

bye

Assalammualaikum..





Tuesday, 16 December 2014

RESEPI NASI GORENG SARDIN SIMPLE

Posted by Unknown at 07:56 0 comments

#atikahmasakapa


As'salam..

Hye,for those yang tertanya-tanya

laa kan menu sarapan pagi pew untuk hari neyh 

yang Ieka nak sharekan pada umum adalah

"Nasi Goreng Sardin Simple"

Menu ini tersangat laa simple+mudah+cepat dan sedap





BAHAN-BAHAN :

1 MANGKUK NASI

1 TIN SARDIN

BAWANG BESAR*

BAWANG PUTIH*

SOS TIRAM

SAYUR-SAYURAN

GARAM


CARA-CARA :

Tumiskan bahan bertanda (*) sehingga naik bau.

Kemudian masukkan ikan sardin hancurkan bersama bahan yang ditumis tadi.

Masak sehingga kuah sardin agak sedikit kering.

Perasakan dengan garam secukup rasa bersama 1 sudu besar sos tiram.

Masukkan sayur-sayuran dan jangan biarkan terlalu lama kerana sayur cepat layu.

 Akhir sekali masukkan nasi putih dan gorengkan sehingga sebati.




NOTA : SEBAGAI HIASAN BAWANG GORENG DAN IKAN BILIS GORENG JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN MENGIKUT SELERA ANDA.




Siap sudah sajian "Nasi Goreng Sardin Simple" dari dapur Gadisquh.. 

Selamat Menjamu Selera..


 




_SELAMAT MENCUBA_










Monday, 15 December 2014

AYAM GORENG KUNYIT

Posted by Unknown at 00:26 0 comments

#RESEPI KE-3


Resepi ayam goreng kunyit neyh sangat lah simple

Dan sedap tuk dihidangkan bersama 

Nasi dan sambal belacan

Perggh,mmg terangkat laa....







BAHAN-BAHAN :

AYAM

KACANG PANJANG

SERBUK KUNYIT

MINYAK MASAK

BAWANG BESAR

BAWANG PUTIH

CILI MERAH


CARA-CARA :

Potong dada ayam seperti kiub kecil dan gaulkan  dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut dengan api yang besar. 

Kacau sehingga masak.

Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah kacau rata.

Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah yang telah dihiris halus

Dengan bawang besar beserta kacang panjang juga tambahkan sedikit gula.

Kacau dan biarkan selama 1minit dan tutupkan api.

Hidangakn bersama nasi.. SIiiiiAAAAaaapppp..

Selamat Menjamu Selera







NOTA : Jangan goreng ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras..

Sunday, 14 December 2014

SUP SUHUN & FUCUK

Posted by Unknown at 23:47 0 comments

#RESEPI KE-2


Next menu kita x lengkap laa law xdewh

Kuah or sup kan?

Kalau nak tahu neyh antara Fav. menu Ieka jgk tw sbb simple jep

Untuk spew2 yang jaga makan tuh neyh sangat laa sesuai

dan yang paling penting mengenyangkan

Bagi semangkuk pown leyh licin ko!!

Hehehehehe..

Ok tuk masak sup neyh mmg very the simple u'olls

Let's check dz menu out..





BAHAN-BAHAN :

SUHUN*

FUCUK*

UBI KENTANG

FISHCAKE*

BEBOLA IKAN*

LOBAK*

BUNGA KOBIS*

CENDAWAN*

BAWANG PUTIH

BAWANG MERAH

GARAM CILI MERAH

KIUB PATI AYAM (MAGGI)

AIR

CARA-CARA :

Bawang putih dan bawang merah di blend,kemudian tumiskan didalam periuk berisi minyak.

Setelah naik bau masukkan air dan rebus kentang sehingga empuk 

Tidak lupa juga masukkan kiub pati ayam maggi.

Biarkan seketika sehingga kentang tadi betul2 lembut dan masak.

Sebelum memulakan masakkan suhun dan fucuk telah di rendam terlebih dahulu.

Jika sup telah menggelegak masukkan bahan2 yang bertanda (*) kedalam periuk

Kemudiakan perasakan masakkan dengan garam secukup rasa.







NOTA : Sekiranya anda sukakan pedas boleh tambahkan sedikit lada hitam sebagai bahan tambahan. Selain itu telur juga boleh digunakan mengikut citarasa dan kesukaan anda ok? Selamat Mencuba......








_SELAMAT MENCUBA_


SAMBAL IKAN KERING

Posted by Unknown at 23:02 0 comments

DARI DAPUR...


As'salam 

Hye semua dh makan kew?

Masak pew untuk tengah.arey neyh?

Haaa, sambil2 tengok resepi tuh

Meh jenguk kt blog "Gadisquh" 

Oleh sebab Ieka dewh masa kelapangan n' x bekerja 

pada hari neyh

 Ieka decide nak masak sendiri di rumah

Menu simple jep

Sambal Goreng Ikan Masin+Sup Suhun & Fucuk+Ayam Goreng Kunyit

But 1st Ieka nak tunjukkan resepi 

Sambal Goreng Ikan Masin

ok?? ready?? here we go!!!





BAHAN-BAHAN :

Ikan kering

Cili kering (di blender)

Belacan

Bawang Merah

Bawang Putih

Asam Gelugur/Asam Jawa

Garam

Minyak Masak


CARA-CARANYA :

Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering dikisar halus dan ketepikan. 

Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan kering sehingga garing.

Setelah selesai menggoreng ikan tadi keluarkan separuh darpada  minyak goreng ikan kering 

dan pada masa yang sama tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau wangi dan biarkan

 sebentar sehingga sambalnya betul2 masak.

Masukkan asam keping/asam jawa pilih salah satu sekiranya bahan tiada kemudian sedikit gula dan

 garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul dengan rata.

Tutup api dan masakkan telah pun siap untuk di hidang.








_SELAMAT MENCUBA_








 

GADISQUH Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review