DARI DAPUR...
As'salam
Hye semua dh makan kew?
Masak pew untuk tengah.arey neyh?
Haaa, sambil2 tengok resepi tuh
Meh jenguk kt blog "Gadisquh"
Oleh sebab Ieka dewh masa kelapangan n' x bekerja
pada hari neyh
Ieka decide nak masak sendiri di rumah
Menu simple jep
Sambal Goreng Ikan Masin+Sup Suhun & Fucuk+Ayam Goreng Kunyit
But 1st Ieka nak tunjukkan resepi
Sambal Goreng Ikan Masin
ok?? ready?? here we go!!!
BAHAN-BAHAN :
Ikan kering
Cili kering (di blender)
Belacan
Bawang Merah
Bawang Putih
Asam Gelugur/Asam Jawa
Garam
Minyak Masak
CARA-CARANYA :
Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering dikisar halus dan ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan kering sehingga garing.
Setelah selesai menggoreng ikan tadi keluarkan separuh darpada minyak goreng ikan kering
dan pada masa yang sama tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau wangi dan biarkan
sebentar sehingga sambalnya betul2 masak.
Masukkan asam keping/asam jawa pilih salah satu sekiranya bahan tiada kemudian sedikit gula dan
garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul dengan rata.
Tutup api dan masakkan telah pun siap untuk di hidang.
_SELAMAT MENCUBA_
0 comments:
Post a Comment