Tuesday, 16 December 2014

RESEPI NASI GORENG SARDIN SIMPLE

Posted by Unknown at 07:56 0 comments

#atikahmasakapa


As'salam..

Hye,for those yang tertanya-tanya

laa kan menu sarapan pagi pew untuk hari neyh 

yang Ieka nak sharekan pada umum adalah

"Nasi Goreng Sardin Simple"

Menu ini tersangat laa simple+mudah+cepat dan sedap





BAHAN-BAHAN :

1 MANGKUK NASI

1 TIN SARDIN

BAWANG BESAR*

BAWANG PUTIH*

SOS TIRAM

SAYUR-SAYURAN

GARAM


CARA-CARA :

Tumiskan bahan bertanda (*) sehingga naik bau.

Kemudian masukkan ikan sardin hancurkan bersama bahan yang ditumis tadi.

Masak sehingga kuah sardin agak sedikit kering.

Perasakan dengan garam secukup rasa bersama 1 sudu besar sos tiram.

Masukkan sayur-sayuran dan jangan biarkan terlalu lama kerana sayur cepat layu.

 Akhir sekali masukkan nasi putih dan gorengkan sehingga sebati.




NOTA : SEBAGAI HIASAN BAWANG GORENG DAN IKAN BILIS GORENG JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN MENGIKUT SELERA ANDA.




Siap sudah sajian "Nasi Goreng Sardin Simple" dari dapur Gadisquh.. 

Selamat Menjamu Selera..


 




_SELAMAT MENCUBA_










Monday, 15 December 2014

AYAM GORENG KUNYIT

Posted by Unknown at 00:26 0 comments

#RESEPI KE-3


Resepi ayam goreng kunyit neyh sangat lah simple

Dan sedap tuk dihidangkan bersama 

Nasi dan sambal belacan

Perggh,mmg terangkat laa....







BAHAN-BAHAN :

AYAM

KACANG PANJANG

SERBUK KUNYIT

MINYAK MASAK

BAWANG BESAR

BAWANG PUTIH

CILI MERAH


CARA-CARA :

Potong dada ayam seperti kiub kecil dan gaulkan  dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut dengan api yang besar. 

Kacau sehingga masak.

Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah kacau rata.

Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah yang telah dihiris halus

Dengan bawang besar beserta kacang panjang juga tambahkan sedikit gula.

Kacau dan biarkan selama 1minit dan tutupkan api.

Hidangakn bersama nasi.. SIiiiiAAAAaaapppp..

Selamat Menjamu Selera







NOTA : Jangan goreng ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras..

Sunday, 14 December 2014

SUP SUHUN & FUCUK

Posted by Unknown at 23:47 0 comments

#RESEPI KE-2


Next menu kita x lengkap laa law xdewh

Kuah or sup kan?

Kalau nak tahu neyh antara Fav. menu Ieka jgk tw sbb simple jep

Untuk spew2 yang jaga makan tuh neyh sangat laa sesuai

dan yang paling penting mengenyangkan

Bagi semangkuk pown leyh licin ko!!

Hehehehehe..

Ok tuk masak sup neyh mmg very the simple u'olls

Let's check dz menu out..





BAHAN-BAHAN :

SUHUN*

FUCUK*

UBI KENTANG

FISHCAKE*

BEBOLA IKAN*

LOBAK*

BUNGA KOBIS*

CENDAWAN*

BAWANG PUTIH

BAWANG MERAH

GARAM CILI MERAH

KIUB PATI AYAM (MAGGI)

AIR

CARA-CARA :

Bawang putih dan bawang merah di blend,kemudian tumiskan didalam periuk berisi minyak.

Setelah naik bau masukkan air dan rebus kentang sehingga empuk 

Tidak lupa juga masukkan kiub pati ayam maggi.

Biarkan seketika sehingga kentang tadi betul2 lembut dan masak.

Sebelum memulakan masakkan suhun dan fucuk telah di rendam terlebih dahulu.

Jika sup telah menggelegak masukkan bahan2 yang bertanda (*) kedalam periuk

Kemudiakan perasakan masakkan dengan garam secukup rasa.







NOTA : Sekiranya anda sukakan pedas boleh tambahkan sedikit lada hitam sebagai bahan tambahan. Selain itu telur juga boleh digunakan mengikut citarasa dan kesukaan anda ok? Selamat Mencuba......








_SELAMAT MENCUBA_


SAMBAL IKAN KERING

Posted by Unknown at 23:02 0 comments

DARI DAPUR...


As'salam 

Hye semua dh makan kew?

Masak pew untuk tengah.arey neyh?

Haaa, sambil2 tengok resepi tuh

Meh jenguk kt blog "Gadisquh" 

Oleh sebab Ieka dewh masa kelapangan n' x bekerja 

pada hari neyh

 Ieka decide nak masak sendiri di rumah

Menu simple jep

Sambal Goreng Ikan Masin+Sup Suhun & Fucuk+Ayam Goreng Kunyit

But 1st Ieka nak tunjukkan resepi 

Sambal Goreng Ikan Masin

ok?? ready?? here we go!!!





BAHAN-BAHAN :

Ikan kering

Cili kering (di blender)

Belacan

Bawang Merah

Bawang Putih

Asam Gelugur/Asam Jawa

Garam

Minyak Masak


CARA-CARANYA :

Bawang merah,bawang putih,belacan dan cili kering dikisar halus dan ketepikan. 

Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan kering sehingga garing.

Setelah selesai menggoreng ikan tadi keluarkan separuh darpada  minyak goreng ikan kering 

dan pada masa yang sama tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau wangi dan biarkan

 sebentar sehingga sambalnya betul2 masak.

Masukkan asam keping/asam jawa pilih salah satu sekiranya bahan tiada kemudian sedikit gula dan

 garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul dengan rata.

Tutup api dan masakkan telah pun siap untuk di hidang.








_SELAMAT MENCUBA_








Tuesday, 9 December 2014

PASAR MALAM MANA EKH? HARI NEYH?

Posted by Unknown at 18:37 0 comments

JALAN-JALAN


As'salam

Ok,pada yang berumah tangga/belum berkahwin

sering tertanya2 

If waktu nak balik keje tuh sibuk nak beli barang2 dapur or lauk pauk 

Tuk makan malam kan? 

So time uh laa 

Duk tanya2 meja sebelah/kakak2/jiran2/member2

Pasar malam mane nak pergi hari neyh? 

Biasalah nak tengok juadah pew yang sedap dan menyelerakan

Sambil cuci2 mata laa katakan...

Dun worry cz ini adalah senarai

Tapak2 pasar malam yang beroperasi mengikut hari di sekitar 

Bandar Kuantan

olryte??

BIL
HARI
TAPAK MPK
TAPAK PPPLK / JKKK / KRT / DLL
1
 Isnin
·         Beserah
·         Jaya
·         Lrg Alor Akar 15
·         Balok Makmur
·         Taman Dahlia Singa Emas
·         Sungai Isap Jaya
·         Pandan Satu (Hadapan Airport)
2
Selasa
·         Taman Tas
·         Peramu
·         Taman Impianku
·         Indera Sempurna
·         Nirwana Batu 3
3
 Rabu
·         Balok
·         Cenderawasih
·         Taman Seri Mahkota Aman Bkt. Rangin
4
 Khamis
·         Lrg Sekilau 46
·         Perhentian Gambang
·         Kempadan Perdana 
·         Inderapura
·         Indera Mahkota 14
·         taman Dato' Rashid
5
 Jumaat
·         Indera Mahkota
·         Kuantan Garden
·         Sg. Karang
·         Balok Perdana
·         Pandan Damai (Lubuk Puyu)
6
 Sabtu
·         Sg. Isap
·         Taman Sentosa
·         UTC Pahang

---
7
 Ahad
·         Taman Gelora
·         Tanjung Pasir
·         Taman Seri Mahkota ( Batu 12)
·         Jalan Gambang
·         Kempadang Perdana(PAKR)
·         Nirwana Batu 3



Naah.......

Lps neyh leyh laa inform member2

Mana2 lokasi tapak pasar malam yang beroperasi

Tp dalam pada berbelanja uh amalkan laa amalan berjimat cermat

Jangan sesekali tamak/boros 

Pesanan dari penaja hehehehe...





-SEKIAN-


Wednesday, 3 December 2014

RESEPI MACAROON

Posted by Unknown at 22:19 1 comments

MACAROON OK..OK.. jeer


Assalammualaikum..

Hari neyh gadisquh terlebih rajin laa pulak na ke dapur bake macaroon, tu pown sb adk2 mendesak 

suruh try buat kalau x tidoknyer na ke dapur bake2 bagai neyh.. 

macaroon neyh mmg manis tapi dewh jugak yang suka!

 Kt area Kuantan neyh tak sure laa mane leyh dapatkan macaroon, 

kedai bakery kot? mungkin?





MACAROON

Bahan-Bahan :

80g putih telur - 2 biji jika gred A

65g - gula castor

80g - serbuk almond

140g - gula icing

pewarna

Cara-cara membuatnya :

1. Ayakkan serbuk almond dan gula icing.

2. Di dalam bekas lain pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih menjadi kembang/bertanduk.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan.

4. Setelah siap bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan pewarna kacau sehingga rata.

5. Kemudian adunan yang telah siap tadi di masukkan ke dalam paiping bag.

6. Di dalam dulang lain sediakan kertas minyak dan lukiskan bentuk bulat sebesar duit syiling 20sen/50sen.

7. Picitkan adunan di dalam paiping bag tadi mengikut size duit syiling di atas kertas minyak tersebut.

8. Bakar di dalam oven bersuhu 150'c selama 15-30 minit.

9. Sediakan bersama nutella/jam sebagai filling macaroon.



 


Nota : 

Actually neyh cubaan yang pertama "DARI DAPUR GADISQUH" sb macam2 dugaan masa nak bake
macaroon neyh.. mixer rosak laa, adunan tak menjadi laa terpaksa guna manual abis lenguh2 tangan 
neyh memutarnya.. Next time akn buat yang lebih baik dari neyh sb kebanyakkan resepi dalam google bkn
laa betul sgt pown.. cian pada budak baru belajar neyh gigih jugak laa mencuba sampai menjadi even x 
serupa sgt jnji asal boleh jerr.. maniss bak kata hang.. huh, pada yang menghidap kencing manis jangan 
teroverdoss pulak ok??? 



-SELAMAT MENCUBA-

RESEPI JEMPUT UDANG SIMPLE

Posted by Unknown at 08:40 0 comments

JOM MASAK YUUUUK!!!


As'salam

Menu sarapan pagi yang paling simple

Bila malas nak menumis bagai so kita buat jemput jep laa..

Itu pown if barang2 lengkap leyh laa buat jemput paling urmph..

Oleh kerana dapur gadisquh x berapa nak dewh "groceries" sgt,

yang tiggal cuma

Udang & Bawang

Jadi kita campak jeplh benda yang ada ok?





Tadaaa!!!! siap sudah "JEMPUT UDANG SIMPLE"

dari dapur gadisquh

for those yang baru nak belajar masak tuh rajin2 laa 

mencuba coz bak kata orang putih

practise will make perfect




Bahan-bahan (3-4 orang makan)  :

1. Tepung gandum - 2 cawan

2. Air - secukupnya

3. Bawang besar - 2 ulas dipotong halus

4. Udang - segenggam (dibuang kulit terlebih dahulu)

5. Garam halus - secukup rasa

6. Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak masak terlebih dahulu

2. Masukkan bahan2 tadi satu persatu dan diakhiri dengan air yang dituang sedikit demi sedikit.

3. Goreng dalam minyak yang cukup panas sehingga garing menjadi keperang-perangan.

4. Setelah siap angkat dan toskan minyak dan hidangkan bersama cili sos.


Nota : 

Resepi ni tak laa sempurna sangat asal boleh ajer disebabkan kekurangan bahan2, jadi pada

korang yang nak mencuba tuh boleh add macam2 lagi tuk menyedapkan jemput tersebut.

Tips jemput lebih lembut campurkan tepung kek bersama tepung gandum. Ok laa sekian sahaja dari

"Dapur Gadisquh" Thank You..





-SELAMAT MENCUBA-
 

GADISQUH Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review