#atikahmasakapa
As'salam..
Hye,for those yang tertanya-tanya
laa kan menu sarapan pagi pew untuk hari neyh
yang Ieka nak sharekan pada umum adalah
"Nasi Goreng Sardin Simple"
Menu ini tersangat laa simple+mudah+cepat dan sedap
BAHAN-BAHAN :
1 MANGKUK NASI
1 TIN SARDIN
BAWANG BESAR*
BAWANG PUTIH*
SOS TIRAM
SAYUR-SAYURAN
GARAM
CARA-CARA :
Tumiskan bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
Kemudian masukkan ikan sardin hancurkan bersama bahan yang ditumis tadi.
Masak sehingga kuah sardin agak sedikit kering.
Perasakan dengan garam secukup rasa bersama 1 sudu besar sos tiram.
Masukkan sayur-sayuran dan jangan biarkan terlalu lama kerana sayur cepat layu.
Akhir sekali masukkan nasi putih dan gorengkan sehingga sebati.
NOTA : SEBAGAI HIASAN BAWANG GORENG DAN IKAN BILIS GORENG JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN TAMBAHAN MENGIKUT SELERA ANDA.
Siap sudah sajian "Nasi Goreng Sardin Simple" dari dapur Gadisquh..
Selamat Menjamu Selera..
_SELAMAT MENCUBA_