Monday, 24 November 2014

OH,DERITA SAKIT!!

Posted by Unknown at 03:16


"Tabby" kena batu karang..

Sampai di klinik haiwan tu,aku diminta kuarkan "Tabby" dari sangkar dia dan terus diperiksa.Aku beritahu "Tabby" sukar utk kencing dan hilang selera makan menyebabkan beratnya makin berkurangan. Perut dan bahagian pundi kencing "Tabby" diperiksa dan disahkan penyakit Batu Karang . Ini merupakan kali ke-2 penyakit ini berlaku pada kucing belaan aku.. kucing pun boleh kena batu karang macam manusia. Tanpa belengah aku khuatir "Tabby" semakin parah doktor minta aku tanda tangan suatu prosedur untuk membuang batu karang dalam perut "Tabby" oleh kerana keadaannya semakin teruk. Aku dan adik hanya menunggu di luar sehingga diberitahu kembali.. Pada waktu tuh aku text semua family aku tuk beritahu keadaan "Tabby".. time uh dh nanges dh sb takut papew jd kt "Tabby" aku mintak sgt umur dia dipanjangkan dan sihat spt sedia kala.. Tabby perlu dibius separuh sedar,menurut doktor yang merawat "Tabby" batu tu tersekat di hujung salur kencingnya. Sejenis tiub kecil dimasukkan pada salur kencing "Tabby" kemudian melalui salur tiub tu dimasukkan pulak sejenis cecair. Fungsi cecair tuh tuk paksa "Tabby" kencing sehingga memancut keluar sekali dengan batu karang tu yang kelihatan spt biji-biji crystal.Setelah selesai prosedur membuang batu karang dalam perut "Tabby" aku menunggu tuk diberi bil dan ubat-ubatan yang harus diberikan sepanjang penjagaan "Tabby". Pada masa tuh "Tabby" kelihatan sedikit lega walaupun masih kesakitan.. aku memanggil-manggil namanya, "Tabby" terus menyaut panjang mungkin tuk katakan dia masih "OK?!" Setibanya di rumah aku masukkan "Tabby" ke dalam sangkar dengan keadaanya yang masih terhoyong-hayang aku berikan makanan dan air mujur dia beselera kalau tak langsung tak dipandang makanan uh dek kerana menahan sakit...Kesian "Tabby" tengah.hari sebelum aku pergi kerja aku tengok "Tabby" semakin ok, lega tengok dia dah boleh kencing tapi ketika "Tabby" mencangkung air kencingnya bercampur sedikit darah. Sebak tgk "Tabby" aku jst leyh harapkan ada perubahan tuk "Tabby" pulih spt biasa. Wajahnya yang tenang dengan mata yang garang aku beritahu "Tabby" aku kuat dan masih mampu bertahan! Aku kagum! dan bersyukur "Tabby" masih diberi peluang tuk bersama aku.. Aku rawat dia, mandikan dia,jaga dengan baik, makan & minum yang secukupnya,segala ubat yang diberi mengikut aturan dan arahan doktor. Dan berharap hari-hari "Tabby" akn sihat dan aktif semula.. 


In my previous post psl kenangan aku dan "SI TABBY" sebelum neyh "Tabby" dh dibawa ke Klinik Veterina oleh aku kerana perasan yg "Tabby" kucing jantan aku macam tak sihat,kurang aktif, dan selalu berada dalam bekas pasir.. Rupa-rupanya "Tabby" tak boleh kencing dan bila mama aku angkat dan keluarkan  "Tabby" dari sangkar dia dan terpegang perut "Tabby" ternyata sudah membengkak dan "Tabby" mengiau kuat kesakitan. Aku mulai risau kerana kejadian ini pernah berlaku pada kucing jantan yg dibela oleh keluarga aku sebelum neyh! Tp akhirnya kami sekeluarga terlambat menyedari tentang penyakit tuh lalu redha dgn pemergian "FIFY" (Si Kucing Jantan). Keesokkanya aku ditemani adik bongsuku terus bawa "Tabby" ke Klinik Veterina .





Hati aku merasa lega bila semuanya selamat dan doktor nasihatkan dalam tempoh seminggu "Tabby" mesti minum banyak air dan tukarkan makanan "wet food" iaitu makanan dlm tin yang mengandungi Pro-diet. "Tabby" diberi tablet tuk ditelan selama seminggu,sehari kena makan 1/2 tablet dan aku diminta pantau keadaan  "Tabby" samaada boleh kencing spt biasa atau tak. "Tabby" masih lemah kerana dibius separuh sedar dan selepas satu jam ubat bius akan mula hilang namun "Tabby" masa tu masih dalam keadaan pening-pening lalat lagi..

20/11/2014 setelah  2minggu kemudian "Tabby" kelihatan semakin kurus dan tidak spt kebiasaanya,aku resah dan terus bawa dia ke Klinik Vet semula pada sebelah pagi.. Masa tuh hanya ada pembantu pelatih dia beritahu "Tabby" harus kembali tuk prosedur ke-2 disebabkan masih ada batu karang tuk dikeluarkan dalam perutnya.. dia sarankan aku kembali semula esok tuk lakukan prosedur tersebut.. "Tabby" diminta puasa pd mlm tuh.. Aku kembali ke rumah dan hanya memberikan "Tabby" air dan ubat sb "Tabby" lgsung tak ada selera makan.. Aku biarkan dia berehat dlm sangkar dan terus ke tempat kerja..
Malam tuh aku rasa tak sedap atey jep dan nak cepat-cepat balik jenguk "Tabby" nak tahu mcm mne keadaan dia.. Jam tepat pkul10 aku terus balik, Aku tengok sangkar "Tabby" dr luar pagar setibanya dirumah.. Keadaan masa tuh baru lepas hujan sangkar "Tabby" ditutupi kain supaya dia tak terkena tempias air hujan.. Aku belek kain yang tutup sangkar "Tabby" dan posisi "Tabby" masa tuh dalam bekas pasir dan seolah-olah tengah baring aku menggosok kepala "Tabby" sambil memanggil-manggil namanya.. Diam sunyi tak bersahut.. Hati aku tak nak berfikiran buruk namun puas aku memanggil aku menjerit panggil keluarga aku dan lantas air mata aku mengalir laju.. "Tabby" akhirnya pergi tinggalkan aku.. Aku tak berkata-kata kelu lidah kesal yang amat sb aku tak ada saat dia hembuskan nafas terakhir.. Aku menangis sekuat hati.. Berulang kali aku katakan yang aku sempat berikan "Tabby" air jee.. Sedih berat hati nak percaya yang "Tabby" dh mati.. 
Ma cakap tuhan lagi sayangkan makhluk dia.. (aku faham maksud ma tuh) aku relakan jua walaupun masih teresak-esak belai bulu "Si Tabby" mintak maaf kt dia even dia cuma binatang tp aku sayang dia macam diri aku sendiri.. "Tabby" aku akn ingati sampai bila-bila.. terima kasih sebab singgah dalam hidup aku.. "Tabby" pergi pada malam Jumaat dalam malam yang sungguh tenang.. aku akan rindukan "Tabby"!!!

Sekian..

0 comments:

Post a Comment

 

GADISQUH Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review