Monday 24 November 2014

ALAHAI, SI "TOMOK"..

Posted by Unknown at 23:14 0 comments

KISAH SI "TOMOK"


Cerita "Si Tomok" neyh bermula ketika ayah aku sedang sakit dan dirawat di KPJ Kuala Lumpur kerana penyakit saluran jantung tersumbat.. "Tomok" si kucing jantan neyh antara binatang peliharaan keluarga aku juga cuma dia bebas keluar masok atau nak berjalan ke mana-mana yang dia suka.. Sb baka dia neyh campuran kucing kebanyakkan..

Kisahnya family aku mendapat berita kejutan bahawa ayah aku dimasukkan ke KPJ untuk pembedahan saluran jantung.. aku dan family bergegas bertolak dari Kuantan ke Kuala Lumpur.. kebiasaannya jika aku dan keluarga keluar bercuti kucing2 kami dibiarkan di bawah jagaan jiran dan rakan yang sangat perihatin.. pada hari itu kami dalam keadaan kelam kabut hanya meninggalkan makan dan minum di dalam bekas makanan. Namun tidak kelihatan kelibat "Si Tomok" pada hari kami sekeluarga meninggalkan rumah.

Setelah tiba di KPJ ayah aku telahpun selesai membuat pembedahan dan kami hanya menunggu giliran tuk melawat keadaan dirinya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kian beransur baik. ayah aku ditempatkan di wad tuk berehat di katilnya. Aku dan keluarga pulang serta-merta setelah melihat keadaan ayah aku kami sekeluaraga merasa lega.. Perjalanan yang cukup memenatkan diakhiri dengan kejadian "Si Tomok" yang belumuran darah..

Sesampainya kami di rumah, aku dan keluarga cukup terkejut kerana kelihatan "Si Tomok" cuba mendekati kami dengan mulut yang ternganga.. Kesan darah minitik di lantai masih lagi baru.. kami sekeluarga tertanya-tanya apa yang berlaku pada Tomok, adakah "Si Tomok" dilanggar atau dipukul orang? oleh kerana tabiatnya yang suka berkeliaran dan mendekati tong sampah jiran2 dia dimarahi dan dipukul, aku pernah lihat kejadian tuh di depan mata lalu memanggilnya tuk pulang., tp hati aku kuat mengatakan kemungkinan Tomok dilanggar kerana bibirnya herut dan separuh dari giginya telah tiada.. tubuh badannya tidak cedera adakah Tomok dilanggar ketika melintas jalan? banyak persoalan yang bermain dlm fikiran aku dan keluarga. 




 KeadaanTomok setelah dimandikan.. kelihatan sedikit darah beku yang keluar dari dalam mulut..
Aku sekadar mencuci kesan2 darah Tomok dan bawanya ke Klinik Veterina tuk dirawat pada keesokkannya.. Kesian Tomok siapalah yang tergamak lakukan sedemikian terhadap binatang ciptaan Tuhan neyh.. meskipun tidak sengaja tidakkah ada perasaan belas kasihan walaupun sedikit?

Setelah ke Klinik Veterina aku masih berasa tidak puas hati walaupun telah diperiksa pembantu klinik tersebut hanya mengatakan bahawa rahang Tomok telah terkeluar dari landasan dan tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya tunggu tamat hayatnya.. senang tol diorang buat keje kn? Aku pun pulang dan hanya melihat Tomok yang masih dalam kesakitan namun "Si Tomok" tetap gagah seperti tiada apa-apa yang berlaku cuma Tomok sukar tuk minum dan makan pada ketika itu.. Air liurnya sentiasa keluar menitik disebabkan rahangnya tidak boleh dibetulkan semula..

Ya Allah kuatnya ujian mu terhadap makhluk yang kerdil ini.. Aku kagum dengan Tomok walaupun berada dalam keadaan sedemikian Tomok tetap tabah dan cuba berkelakuan spt biasa.. diteguknya air dlm bekas sedikit demi sedikit walaupun yang masuk ke mulut tidak sampai ke tekak.. kami berikan dan suapkan makanan ke mulutnya..   Alhamdulillah kami masih menjaganya dan merawat Tomok.. Jika nak diikutkan Tomok boleh dirawat tuk perbetulkan rahangnya yang patah namun dek kerana kos perubatan Klinik swasta yang agak tinggi kami hanya berdoa agr sakitnya dijauhkan dan Tuhan panjangkanlah umurnya..

Sungguh tak sangka dalam tempoh kesakitan Tomok menderita sukar untuk makan dan minum.. hari demi hari Tomok belajar berdikari sendiri untuk makan dan minum dari bekas yang disediakan.. Sukar tuk dipercayai tabahnya hati seekor binatang tuk survive akhirnya berjaya!! Tomok kini boleh makan n minum sendiri dan mulutnya tidak seperi asal namun lebih elok dari yang sebelum ini .. selera makan Tomok makin bertambah.. Dulu tubuh Tomok yang kecil dan kerding kini sudah semakin berisi dan sihat "Si Tomok" kembali bersiar-siar semula namun nampak lebih berhati-hati ketika melintas jalan..

"Tabahnya Hati Seekor Binatang tuk Survive" yang bergelar "SI TOMOK".......

FOOD CRAVEING!!

Posted by Unknown at 20:18 0 comments

PLANET CURRY , KUANTAN


 As'salam

Hari neyh aku nak share dgn korang tempat yang best

tuk makan mee kari or mee sup dan byk lagi menu makanan

yang tersedia kt sini.. warung neyh terletak di dalam

 kawasan perumahan Kubang Buaya.

Spew2 yang duk Kuantan tp tak tahu

mana "Planet Curry"?

mmg spoil laa..

anyway korang yang belum cuba bolehlah cari

"Planet Curry House" nie..

Makan mee sup or mee kari yang tengah hot!!

 neyh mmg syok

nak2 if tgh hujan asew na mkn bnde yg pns2 dan berkuah jep kn?




Antara menu fav. aku dan family if dtg sney mesty nk order 

Mee Kari & Mee Sup.

tp jgn risau cz terdapat banyak lagi menu makanan yang disediakan 

cme if family aku mmg menu utama wajib laa kalau datang makan kt sney..

Btw warung neyh hanya dibuka pada sebelah 

malam jep tw!!

(MENU MASAKKAN)

for those yg choosey don't expect too much 

sb ini hanyalah sekadar warung dan tempatnya 

hanya sekadar sempoi2 jep

so if korang jenis memilih definetly ini bkn 

pilihan tepat tuk fine dining ok?






OH,DERITA SAKIT!!

Posted by Unknown at 03:16 0 comments


"Tabby" kena batu karang..

Sampai di klinik haiwan tu,aku diminta kuarkan "Tabby" dari sangkar dia dan terus diperiksa.Aku beritahu "Tabby" sukar utk kencing dan hilang selera makan menyebabkan beratnya makin berkurangan. Perut dan bahagian pundi kencing "Tabby" diperiksa dan disahkan penyakit Batu Karang . Ini merupakan kali ke-2 penyakit ini berlaku pada kucing belaan aku.. kucing pun boleh kena batu karang macam manusia. Tanpa belengah aku khuatir "Tabby" semakin parah doktor minta aku tanda tangan suatu prosedur untuk membuang batu karang dalam perut "Tabby" oleh kerana keadaannya semakin teruk. Aku dan adik hanya menunggu di luar sehingga diberitahu kembali.. Pada waktu tuh aku text semua family aku tuk beritahu keadaan "Tabby".. time uh dh nanges dh sb takut papew jd kt "Tabby" aku mintak sgt umur dia dipanjangkan dan sihat spt sedia kala.. Tabby perlu dibius separuh sedar,menurut doktor yang merawat "Tabby" batu tu tersekat di hujung salur kencingnya. Sejenis tiub kecil dimasukkan pada salur kencing "Tabby" kemudian melalui salur tiub tu dimasukkan pulak sejenis cecair. Fungsi cecair tuh tuk paksa "Tabby" kencing sehingga memancut keluar sekali dengan batu karang tu yang kelihatan spt biji-biji crystal.Setelah selesai prosedur membuang batu karang dalam perut "Tabby" aku menunggu tuk diberi bil dan ubat-ubatan yang harus diberikan sepanjang penjagaan "Tabby". Pada masa tuh "Tabby" kelihatan sedikit lega walaupun masih kesakitan.. aku memanggil-manggil namanya, "Tabby" terus menyaut panjang mungkin tuk katakan dia masih "OK?!" Setibanya di rumah aku masukkan "Tabby" ke dalam sangkar dengan keadaanya yang masih terhoyong-hayang aku berikan makanan dan air mujur dia beselera kalau tak langsung tak dipandang makanan uh dek kerana menahan sakit...Kesian "Tabby" tengah.hari sebelum aku pergi kerja aku tengok "Tabby" semakin ok, lega tengok dia dah boleh kencing tapi ketika "Tabby" mencangkung air kencingnya bercampur sedikit darah. Sebak tgk "Tabby" aku jst leyh harapkan ada perubahan tuk "Tabby" pulih spt biasa. Wajahnya yang tenang dengan mata yang garang aku beritahu "Tabby" aku kuat dan masih mampu bertahan! Aku kagum! dan bersyukur "Tabby" masih diberi peluang tuk bersama aku.. Aku rawat dia, mandikan dia,jaga dengan baik, makan & minum yang secukupnya,segala ubat yang diberi mengikut aturan dan arahan doktor. Dan berharap hari-hari "Tabby" akn sihat dan aktif semula.. 


In my previous post psl kenangan aku dan "SI TABBY" sebelum neyh "Tabby" dh dibawa ke Klinik Veterina oleh aku kerana perasan yg "Tabby" kucing jantan aku macam tak sihat,kurang aktif, dan selalu berada dalam bekas pasir.. Rupa-rupanya "Tabby" tak boleh kencing dan bila mama aku angkat dan keluarkan  "Tabby" dari sangkar dia dan terpegang perut "Tabby" ternyata sudah membengkak dan "Tabby" mengiau kuat kesakitan. Aku mulai risau kerana kejadian ini pernah berlaku pada kucing jantan yg dibela oleh keluarga aku sebelum neyh! Tp akhirnya kami sekeluarga terlambat menyedari tentang penyakit tuh lalu redha dgn pemergian "FIFY" (Si Kucing Jantan). Keesokkanya aku ditemani adik bongsuku terus bawa "Tabby" ke Klinik Veterina .





Hati aku merasa lega bila semuanya selamat dan doktor nasihatkan dalam tempoh seminggu "Tabby" mesti minum banyak air dan tukarkan makanan "wet food" iaitu makanan dlm tin yang mengandungi Pro-diet. "Tabby" diberi tablet tuk ditelan selama seminggu,sehari kena makan 1/2 tablet dan aku diminta pantau keadaan  "Tabby" samaada boleh kencing spt biasa atau tak. "Tabby" masih lemah kerana dibius separuh sedar dan selepas satu jam ubat bius akan mula hilang namun "Tabby" masa tu masih dalam keadaan pening-pening lalat lagi..

20/11/2014 setelah  2minggu kemudian "Tabby" kelihatan semakin kurus dan tidak spt kebiasaanya,aku resah dan terus bawa dia ke Klinik Vet semula pada sebelah pagi.. Masa tuh hanya ada pembantu pelatih dia beritahu "Tabby" harus kembali tuk prosedur ke-2 disebabkan masih ada batu karang tuk dikeluarkan dalam perutnya.. dia sarankan aku kembali semula esok tuk lakukan prosedur tersebut.. "Tabby" diminta puasa pd mlm tuh.. Aku kembali ke rumah dan hanya memberikan "Tabby" air dan ubat sb "Tabby" lgsung tak ada selera makan.. Aku biarkan dia berehat dlm sangkar dan terus ke tempat kerja..
Malam tuh aku rasa tak sedap atey jep dan nak cepat-cepat balik jenguk "Tabby" nak tahu mcm mne keadaan dia.. Jam tepat pkul10 aku terus balik, Aku tengok sangkar "Tabby" dr luar pagar setibanya dirumah.. Keadaan masa tuh baru lepas hujan sangkar "Tabby" ditutupi kain supaya dia tak terkena tempias air hujan.. Aku belek kain yang tutup sangkar "Tabby" dan posisi "Tabby" masa tuh dalam bekas pasir dan seolah-olah tengah baring aku menggosok kepala "Tabby" sambil memanggil-manggil namanya.. Diam sunyi tak bersahut.. Hati aku tak nak berfikiran buruk namun puas aku memanggil aku menjerit panggil keluarga aku dan lantas air mata aku mengalir laju.. "Tabby" akhirnya pergi tinggalkan aku.. Aku tak berkata-kata kelu lidah kesal yang amat sb aku tak ada saat dia hembuskan nafas terakhir.. Aku menangis sekuat hati.. Berulang kali aku katakan yang aku sempat berikan "Tabby" air jee.. Sedih berat hati nak percaya yang "Tabby" dh mati.. 
Ma cakap tuhan lagi sayangkan makhluk dia.. (aku faham maksud ma tuh) aku relakan jua walaupun masih teresak-esak belai bulu "Si Tabby" mintak maaf kt dia even dia cuma binatang tp aku sayang dia macam diri aku sendiri.. "Tabby" aku akn ingati sampai bila-bila.. terima kasih sebab singgah dalam hidup aku.. "Tabby" pergi pada malam Jumaat dalam malam yang sungguh tenang.. aku akan rindukan "Tabby"!!!

Sekian..

Friday 21 November 2014

MY LITTLE ONE!!

Posted by Unknown at 08:55 0 comments

"IN MEMORIES"



Tabby were very little 

when My Mom 1st brought it to our home

with those beautiful pair of eyes

who could not fallen in love with this adorable kitten...

"Tabby"

will just remain as the sweetest memories in my life



 



Those pic will remain as sweet memories

i've had with

"Tabby"





-SEKIAN-




IN MEMORIES..

Posted by Unknown at 00:23 0 comments

#HUMANBESTFRIEND-TABBY
20/11/14-10:43p.m 



KAU PERGI JUA


"Meoww. Tolong saya sakit."

Tomok : Wey, jom makan?!
*Tomok hairan, kenapa tabby dari tadi terbaring?

Skali lagi Tomok kejutkan "Si Tabby"...

Tomok : Wey,cepatlah kang aku habiskan kang! Haa kau tak dapat merasa.
*Tomok masih hairan. Kenapa "Si Tabby" tak bergerak walau sikit pun dari posisi dia.
Then, Tomok sedar. Tubuh "Si Tabby" tak bergerak.
Tiada satu nafas pun. Mata Tabby tertutup rapat.

Tomok:Wey,bangunlah. Jangan na berlakon lah depan aku. Puihh.
*Tomok dekatkan dirinya dengan Tabby. Tomok tatap wajah Tabby. Tomok mula gelisah dan gundah.

Tomok: Woi!! Tabby bangunlah.. Tabby!!! Bangun!!! Tabby!!! Kau pekak ke?! Kau ni kenapa? Tabby!! Kau dengar tak ni?!

Kemudiannya....

Tiada satu sahutan pun dari "Si Tabby". Tomok hanya mampu duduk di sisi Tabby yang tubuhnya sejuk kaku. Dengan satu sahutan dari Tomok yang bermaksudkan *Tabby bangunlah. Aku tau kau tidur. Jangan la macam ni.

...Tomok masih menghidu dari setiap tubuh "Si Tabby". Dia masih bersahut *Tabby jangan tinggal aku. Aku tak de kawan na buli lepas ni. Semua awek kau aku kebas. Kau macam takde perasaan. Tuan kita letak awek semua dapat kat kau. Aku bujang. Kau untunglah comel, taugh lagi.. (katang) Hmm..tapi satu awek pun kau tak tibai. Kau ni takde perasaan ke?! Woi,Tabby!! Kau dengar tak?! Bangunlah. Please aku merayu ni. Hmm....

Tomok duduk di sebelah Tabby. Tomok menatap indah wajah "Si Tabby". Dengan harapan Mengharapkan "Si Tabby" bangun dan menyahut "Si Tomok". Tapi,
sepi.............. Tomok dalam keadaan yang sangat sedih sampaikan setiap saat dia pandang ke wajah Tabby.

Tomok: aku tahu aku selalu tak puas hati dengan kau. Sebab Tuan kita semua layan kau lebih. Aku tak de siapa sangat peduli. Aku tahu aku jahat. Selalu buli kau. Kadang2 cemburu sangat sebab kau dapat layanan lebih. Kau dapat pakai rantai dan baju. Aku?! Hmm..
*Tomok masih confess apa yang terpendam dalam hati dia.

Tomok: Kau dengan aku, dua2 kena penyakit yang sama. Sakit (batu karang). Kau tengok aku. Selepas berminggu2 sakit, aku bertahan. Aku bertahan. Aku ingat, esok aku dah dapat tengok Tuan aku.Matahari. dan kawan-kawan aku. Tetapi dengan usaha aku cuba untuk telan ubat apa saja yang Tuan kita bagi. Ubat sucks!! Aku tak suka!! Tapi aku cuba. Sebab aku na bersama dengan Tuan kita. Aku na bahagia kan diorang semua. Lepas tu aku kena langgar kereta. Tapi aku masih hidup. Nyawa2 ikan dah aku masa tu. Aku lumpuh kaki belakang. Rahang aku patah. Banyak darah dalam mulut aku sampai aku tak makan,minum. Aku dibawa ke Klinik Vet. Kata Doktor tu aku dah tak ada harapan. Aku dibawa balik. Tuan aku letak Tuna dan air depan aku. Aku tak boleh bergerak. Hari demi hari. Aku cuba. Aku cuba dan aku tetap mencuba. Dari aku tak boleh bergerak. Aku dapat bergerak. Walaupun susah untuk aku kunyah. Aku cuba. Bertapa lama aku hadap siksa tak makan dan minum. Aku paksa diri aku walau apa pun. Finally aku dapat digelar "HERO". Sebab tabah hadapi hidup di dunia. Tapi kenapa kau tak boleh jadi macam aku?! Kenapa "Tabby" kenapa!!!!

Tomok: kau pergi tinggalkan aku sorang2 at sini. aku dah takde kawan lain. Please doe bangun! aku perlukan kau. Aku tak de kawan dah selain kau. Aku nak kau bangun dan makan dengan aku macam biasa kita bersama. Bergurau,Bergaduh.. Hmm.. aku dah mula rindukan kau Tabby. Bangunlah kawan..

Tomok mengalihkan pandangannya sebab Tabby senyap sepi tanpa menyahut semula dari Tomok
*Tomok sedih tak terkata. Dia hanya mampu mendiamkan diri di sebelah Tabby.

Kenapa kau tinggalkan aku "Tabby". Kenapa?!...

(mereka lapar,mereka hanya mampu berbunyi "Meow..". Mereka derita kesakitan masih lagi berbunyi "Meow.." Tak dapat na tahu yang dia ber"Meow.." tu sebenarnya dia nak cakap "Sakit!! Hmm..sakit Tolong sakit sangat")

Tabby: Terima kasih atas jasa korang sekeluarga. Aku akan rindukan semuanya. Ingat aku selalu ya?! Jangan tangisi aku. Aku di belai penuh kasih sayang. Aku dilayan dengan sungguh manja dan disayangi oleh kakak yang baik hati lagi mulia dalam keluarga ni. Dia selalu mandikan aku. Jaga makan minum aku. Layanan dia selalu macam tu sampai bila-bila. Aku pemals. Selalu tidur dan goyang ekor je. Diorang basuh sangkar aku tukar pasir aku. Bagi aku makan yang ckup. Cium dahi dan hidung aku bila aku buat manja.. Hahaha.. dan aku hanya mampu menyahut "Meow..!!" Sebagai tanda Terima Kasih!.. andai aku dapat berkata-kata. Tapi aku hanya haiwan. Haiwan tak dapat berkata-kata fasih seperti manusia. Aku pergi tak kembali. Ingati kisah kita bersama tau! Aku akan rindukan kamu sekeluarga.

Tomok: Aku tiada teman lagi selepas ni. Aku mungkin tak dapat cari pengganti yang sama macam kau. "Tabby"..

Sekian..

20/11/14 Tabby dalam kenangan.. 

(Re-write story by : Ajik_xndr)

Thank You so much for this hole story made by my lil brother.. i'll never ever forget "TABBY" #humanbestfriend 


Sunday 9 November 2014

MY FAMILY MEMBER'S

Posted by Unknown at 21:05 0 comments
#1 - My Family



as'salam..

for the first time i'm writing a blog

just to share with other's

about my real life story..

but 1st let's begin to know 

my lovely family member's..

(ASLINA + ZAFRI)

these are my beloved parent's

i love them both..

now keep going on my other's 

siblings

(ATIKAH,HAZIQ,AQILAH,HAFIQ)

but some of them are not in the picture..

hurm.. because my sister 

blocking my youngest sis at back there

huhuhuhu.....

(AQIRAH)

from left one is my youngest sister

she's the only one that different from other's siblings

because of her physical shape

hahahaahaha..

alright then, last but not least

my older brother

(HAFIZRI FAIZ)

busy with his own thing and rarely 

spend time with family..

and that's all of

"my family member's"

xoxo

.....................................





Friday 7 November 2014

KENALI SI GADIS!!

Posted by Unknown at 21:03 0 comments


NAME :

Nurul Atikah Binti Mohamad Zafri

NICKNAME :

Ieka/Eka/Tikah

AGE :

22 Years Old

D.O.B :

14 March 1992
(PISCES)

P.O.B :

Hospital Besar Kuala Lumpur
(HBKL)

WEIGHT :

53kg

HEIGHT :

157

FAV.FOOD :

Chicken Chop,Kuew Tiaw Kung Fu,Blueberry Cheese Tart,Mushroom Soup

FAV.DRINK :

Chapucchino,Sky Juice

FAV.COLOURS :

Black,White,Blue

HOBBIES :

Singing,Writing,Play Guitar,










 

GADISQUH Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review