Monday 24 November 2014

ALAHAI, SI "TOMOK"..

Posted by Unknown at 23:14

KISAH SI "TOMOK"


Cerita "Si Tomok" neyh bermula ketika ayah aku sedang sakit dan dirawat di KPJ Kuala Lumpur kerana penyakit saluran jantung tersumbat.. "Tomok" si kucing jantan neyh antara binatang peliharaan keluarga aku juga cuma dia bebas keluar masok atau nak berjalan ke mana-mana yang dia suka.. Sb baka dia neyh campuran kucing kebanyakkan..

Kisahnya family aku mendapat berita kejutan bahawa ayah aku dimasukkan ke KPJ untuk pembedahan saluran jantung.. aku dan family bergegas bertolak dari Kuantan ke Kuala Lumpur.. kebiasaannya jika aku dan keluarga keluar bercuti kucing2 kami dibiarkan di bawah jagaan jiran dan rakan yang sangat perihatin.. pada hari itu kami dalam keadaan kelam kabut hanya meninggalkan makan dan minum di dalam bekas makanan. Namun tidak kelihatan kelibat "Si Tomok" pada hari kami sekeluarga meninggalkan rumah.

Setelah tiba di KPJ ayah aku telahpun selesai membuat pembedahan dan kami hanya menunggu giliran tuk melawat keadaan dirinya.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kian beransur baik. ayah aku ditempatkan di wad tuk berehat di katilnya. Aku dan keluarga pulang serta-merta setelah melihat keadaan ayah aku kami sekeluaraga merasa lega.. Perjalanan yang cukup memenatkan diakhiri dengan kejadian "Si Tomok" yang belumuran darah..

Sesampainya kami di rumah, aku dan keluarga cukup terkejut kerana kelihatan "Si Tomok" cuba mendekati kami dengan mulut yang ternganga.. Kesan darah minitik di lantai masih lagi baru.. kami sekeluarga tertanya-tanya apa yang berlaku pada Tomok, adakah "Si Tomok" dilanggar atau dipukul orang? oleh kerana tabiatnya yang suka berkeliaran dan mendekati tong sampah jiran2 dia dimarahi dan dipukul, aku pernah lihat kejadian tuh di depan mata lalu memanggilnya tuk pulang., tp hati aku kuat mengatakan kemungkinan Tomok dilanggar kerana bibirnya herut dan separuh dari giginya telah tiada.. tubuh badannya tidak cedera adakah Tomok dilanggar ketika melintas jalan? banyak persoalan yang bermain dlm fikiran aku dan keluarga. 




 KeadaanTomok setelah dimandikan.. kelihatan sedikit darah beku yang keluar dari dalam mulut..
Aku sekadar mencuci kesan2 darah Tomok dan bawanya ke Klinik Veterina tuk dirawat pada keesokkannya.. Kesian Tomok siapalah yang tergamak lakukan sedemikian terhadap binatang ciptaan Tuhan neyh.. meskipun tidak sengaja tidakkah ada perasaan belas kasihan walaupun sedikit?

Setelah ke Klinik Veterina aku masih berasa tidak puas hati walaupun telah diperiksa pembantu klinik tersebut hanya mengatakan bahawa rahang Tomok telah terkeluar dari landasan dan tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya tunggu tamat hayatnya.. senang tol diorang buat keje kn? Aku pun pulang dan hanya melihat Tomok yang masih dalam kesakitan namun "Si Tomok" tetap gagah seperti tiada apa-apa yang berlaku cuma Tomok sukar tuk minum dan makan pada ketika itu.. Air liurnya sentiasa keluar menitik disebabkan rahangnya tidak boleh dibetulkan semula..

Ya Allah kuatnya ujian mu terhadap makhluk yang kerdil ini.. Aku kagum dengan Tomok walaupun berada dalam keadaan sedemikian Tomok tetap tabah dan cuba berkelakuan spt biasa.. diteguknya air dlm bekas sedikit demi sedikit walaupun yang masuk ke mulut tidak sampai ke tekak.. kami berikan dan suapkan makanan ke mulutnya..   Alhamdulillah kami masih menjaganya dan merawat Tomok.. Jika nak diikutkan Tomok boleh dirawat tuk perbetulkan rahangnya yang patah namun dek kerana kos perubatan Klinik swasta yang agak tinggi kami hanya berdoa agr sakitnya dijauhkan dan Tuhan panjangkanlah umurnya..

Sungguh tak sangka dalam tempoh kesakitan Tomok menderita sukar untuk makan dan minum.. hari demi hari Tomok belajar berdikari sendiri untuk makan dan minum dari bekas yang disediakan.. Sukar tuk dipercayai tabahnya hati seekor binatang tuk survive akhirnya berjaya!! Tomok kini boleh makan n minum sendiri dan mulutnya tidak seperi asal namun lebih elok dari yang sebelum ini .. selera makan Tomok makin bertambah.. Dulu tubuh Tomok yang kecil dan kerding kini sudah semakin berisi dan sihat "Si Tomok" kembali bersiar-siar semula namun nampak lebih berhati-hati ketika melintas jalan..

"Tabahnya Hati Seekor Binatang tuk Survive" yang bergelar "SI TOMOK".......

0 comments:

Post a Comment

 

GADISQUH Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review